1. Perkembangan psikomotor halus
2. Perkembangan psikomotor kasar
3. Kesihatan
4. Keselamatan
Pertumbuhan kanak-kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.
Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh itu, mereka hendaklah diajar berehat. Aktiviti perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. aktiviti fizikal juga penting bagi emupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan cergas. Antara objektif perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal adalah :
1. Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran.
2. Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
3. Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat.
4. Mengamalkan sikap keprihatinan kepada kesihatan anggota diri.
Psikomotor Motor Kasar
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor motor kasar adalah:
1. berlari memenuhi ruang padang dengan pergerakan lambat atau cepat.
2. Melompat tali
3. Mengimbang pada papan imbangan
4. Membaling bola secara berpasangan
5. Mengayuh basikal
6. Mengimbang pada papan imangan
Banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan psikomotor motor kasar yang boleh dijalankan semasa sesi pengajaran pembaelajaran perkembangan fizikal ini. Guru-guru boleh menyesuaikan pelbagai aktiviti dengan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak. Kepelbagaian aktiviti ini juga menarik minat kanak-kanak untuk menyertainya.
Aktiviti sukaneka merupakan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan kepelbagaian aktiviti yang membantu kanak-kanak mengaktifkan anggota badan terutama motor kasar.
Aspek Kesihatan
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek kesihatan adalah seperti berikut:
1. Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
2. Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.
3. Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan.
4. Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan amalan kebersihan antara murid-murid ialah amalan menggosok gigi selepas makan. Aktiviti ini dijalankan semasa waktu rehat sekolah.
Aktiviti Menggosok Gigi |
Aktiviti Menggosok Gigi |
19 ulasan:
Perkembangan Fizikal dan pengetahuan tentang kesihatan adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana ia merupakan satu momen yang membantu melahirkan individu yang sihat dari segi fizikal dan mental..
perkembangan fizikal memang penting...
Perkembangan fizikal ini juga diajar kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia merupakan salah satu momen terpenting dalam membina sahsiah kanak-kanak.
Perkembangan fizikal amat penting tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. Jika perkembangan fizikal tak tercapai maka objektif p&p yang dirancang tidak menepati kurikulum
badan cergas... otak cerdas.....
Wah! bagusnya blog ni, boleh ajar saya tak
Salam 1 Malaysia,
Wah ! bagusnya blog awak, memang sungguh bermanfaat
Perkembangan Fizikal ( Psikomotor Kasar) penting untuk kanak-kanak Prasekolah untuk membina kemahiran asas dan untuk perkembangan minda adan tubuh badan.
ya, perkembangan kanak-kanak mesti diberi perhatian oleh guru prasekolah selain ibu bapa. kanak-kanak cikgu sangat comel!
kanak-kanak anda sangat comel! Usaha yang baik!
Tahniah... tambahkan lagi bahan.
blog ini perlu diperbaiki dari segi paparan antaramuka supaya menjadi lebih menarik.
blog ini perlu diperbaiki interface nya supaya menjadi lebih menarik.
blog ini perlu diperbaiki.
Perkembangan fizikal adalah aktiviti paling seronok untuk kanak-kanak
Selain aktiviti fizikal, banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita jalankan seperti aktiviti matematik yang boleh kita selitvdlm fizikal. Contohnya bermain jengket, lompat sambil mengira dan sebagainya
Paparan antaramuka semakin menarik.
Spade Titanium Rod in Leg Leather - TITANIAN TIGER IN
Spade T-Shirts · Titanium Rods titanium rainbow quartz · titanium drill bit set Spade T-Shirts · used ford fusion titanium Paddle T-Shirts dei titanium exhaust wrap · solo titanium razor Aces T-Shirts · Funny T-Shirt
fg747 guess torbe hrvatska,fila cipő,guess bags canada,passenger fleece,guess handbags south africa,jack wolfskin shoes,cotopaxi backpack uk,puma nederland,jack wolfskin geaca kh916
Catat Ulasan