Isnin, 29 Oktober 2012

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL [PSIKOMOTOR MOTOR KASAR]

Perkembangan fizikal adalah suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tunjang ini memberi fokus kepada empat aspek iaitu:

1.  Perkembangan psikomotor halus
2.  Perkembangan psikomotor kasar
3.  Kesihatan
4.  Keselamatan

Pertumbuhan kanak-kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.

Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh itu, mereka hendaklah diajar berehat. Aktiviti  perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. aktiviti fizikal juga penting bagi emupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan cergas. Antara objektif perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal adalah :

1.  Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran.
2.  Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
3.  Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat.
4.  Mengamalkan sikap keprihatinan kepada kesihatan anggota diri.

Psikomotor Motor Kasar
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor motor kasar adalah:
1. berlari memenuhi ruang padang dengan pergerakan lambat atau cepat.
2.  Melompat tali
3.  Mengimbang pada papan imbangan
4.  Membaling bola secara berpasangan
5.  Mengayuh basikal
6.  Mengimbang pada papan imangan

Banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan psikomotor motor kasar yang boleh dijalankan semasa sesi pengajaran pembaelajaran perkembangan fizikal ini. Guru-guru boleh menyesuaikan pelbagai aktiviti dengan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak. Kepelbagaian aktiviti ini juga menarik minat kanak-kanak untuk menyertainya.

Aktiviti sukaneka merupakan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan kepelbagaian aktiviti yang membantu kanak-kanak mengaktifkan anggota badan terutama motor kasar.








Antara aktiviti-aktiviti sukaneka yang dapat dilaksanakan adalah seperti gambar yang terdapat pada pautan yang disediakan.

Aspek Kesihatan
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek kesihatan adalah seperti berikut:
1.  Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
2.  Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.
3.  Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan.
4.  Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan amalan kebersihan antara murid-murid ialah amalan menggosok gigi selepas makan. Aktiviti ini dijalankan semasa waktu rehat sekolah.

Aktiviti Menggosok Gigi

Aktiviti Menggosok Gigi

19 ulasan:

Unknown berkata...

Perkembangan Fizikal dan pengetahuan tentang kesihatan adalah penting bagi kanak-kanak prasekolah kerana ia merupakan satu momen yang membantu melahirkan individu yang sihat dari segi fizikal dan mental..

Unknown berkata...

perkembangan fizikal memang penting...

Unknown berkata...

Perkembangan fizikal ini juga diajar kepada kanak-kanak prasekolah kerana ia merupakan salah satu momen terpenting dalam membina sahsiah kanak-kanak.

Unknown berkata...

Perkembangan fizikal amat penting tak kira kanak-kanak ataupun orang dewasa. Jika perkembangan fizikal tak tercapai maka objektif p&p yang dirancang tidak menepati kurikulum

JARA ANAK DUNDANG berkata...

badan cergas... otak cerdas.....

meria berkata...

Wah! bagusnya blog ni, boleh ajar saya tak

meria berkata...

Salam 1 Malaysia,

Wah ! bagusnya blog awak, memang sungguh bermanfaat

Unknown berkata...

Perkembangan Fizikal ( Psikomotor Kasar) penting untuk kanak-kanak Prasekolah untuk membina kemahiran asas dan untuk perkembangan minda adan tubuh badan.

chongfong berkata...

ya, perkembangan kanak-kanak mesti diberi perhatian oleh guru prasekolah selain ibu bapa. kanak-kanak cikgu sangat comel!

chongfong berkata...

kanak-kanak anda sangat comel! Usaha yang baik!

Emas Ayu Binti Tuah berkata...

Tahniah... tambahkan lagi bahan.

SK Sungai Pinang, Bau berkata...

blog ini perlu diperbaiki dari segi paparan antaramuka supaya menjadi lebih menarik.

SK Sungai Pinang, Bau berkata...

blog ini perlu diperbaiki interface nya supaya menjadi lebih menarik.

SK Sungai Pinang, Bau berkata...

blog ini perlu diperbaiki.

Unknown berkata...

Perkembangan fizikal adalah aktiviti paling seronok untuk kanak-kanak

Unknown berkata...

Selain aktiviti fizikal, banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita jalankan seperti aktiviti matematik yang boleh kita selitvdlm fizikal. Contohnya bermain jengket, lompat sambil mengira dan sebagainya

SK Sungai Pinang, Bau berkata...

Paparan antaramuka semakin menarik.

varricvalis berkata...

Spade Titanium Rod in Leg Leather - TITANIAN TIGER IN
‎Spade T-Shirts · ‎Titanium Rods titanium rainbow quartz · titanium drill bit set ‎Spade T-Shirts · used ford fusion titanium ‎Paddle T-Shirts dei titanium exhaust wrap · solo titanium razor ‎Aces T-Shirts · ‎Funny T-Shirt

reautet berkata...

fg747 guess torbe hrvatska,fila cipő,guess bags canada,passenger fleece,guess handbags south africa,jack wolfskin shoes,cotopaxi backpack uk,puma nederland,jack wolfskin geaca kh916