Isnin, 29 Oktober 2012

TUNJANG PERKEMBANGAN FIZIKAL [PSIKOMOTOR MOTOR KASAR]

Perkembangan fizikal adalah suatu aspek penting dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tunjang ini memberi fokus kepada empat aspek iaitu:

1.  Perkembangan psikomotor halus
2.  Perkembangan psikomotor kasar
3.  Kesihatan
4.  Keselamatan

Pertumbuhan kanak-kanak yang optimum dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak yang sihat, pembentukan kendiri yang positif dan keyakinan diri. Penguasaan psikomotor yang baik amat penting bagi membantu pergerakan asas dan kemahiran menulis.

Kanak-kanak pada peringkat ini adalah kanak-kanak yang aktif. Pergerakan anggota mereka menyebabkan keletihan yang cepat. Oleh itu, mereka hendaklah diajar berehat. Aktiviti  perkembangan fizikal dapat membantu meningkatkan kecerdasan, kesihatan dan keselamatan kanak-kanak. aktiviti fizikal juga penting bagi emupuk kesejahteraan hidup dan kesedaran tentang gaya hidup yang sihat. Perkembangan fizikal menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan cergas. Antara objektif perkembangan fizikal kanak-kanak pada peringkat awal adalah :

1.  Menguasai kemahiran motor halus untuk membantu dalam aktiviti pembelajaran.
2.  Membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal.
3.  Mengamalkan cara hidup sihat dan selamat.
4.  Mengamalkan sikap keprihatinan kepada kesihatan anggota diri.

Psikomotor Motor Kasar
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan psikomotor motor kasar adalah:
1. berlari memenuhi ruang padang dengan pergerakan lambat atau cepat.
2.  Melompat tali
3.  Mengimbang pada papan imbangan
4.  Membaling bola secara berpasangan
5.  Mengayuh basikal
6.  Mengimbang pada papan imangan

Banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan psikomotor motor kasar yang boleh dijalankan semasa sesi pengajaran pembaelajaran perkembangan fizikal ini. Guru-guru boleh menyesuaikan pelbagai aktiviti dengan perkembangan dan kebolehan kanak-kanak. Kepelbagaian aktiviti ini juga menarik minat kanak-kanak untuk menyertainya.

Aktiviti sukaneka merupakan satu aktiviti yang boleh dilaksanakan kerana ia melibatkan kepelbagaian aktiviti yang membantu kanak-kanak mengaktifkan anggota badan terutama motor kasar.








Antara aktiviti-aktiviti sukaneka yang dapat dilaksanakan adalah seperti gambar yang terdapat pada pautan yang disediakan.

Aspek Kesihatan
Aktiviti-aktiviti yang melibatkan aspek kesihatan adalah seperti berikut:
1.  Mengetahui pentingnya menjaga kebersihan tubuh badan dan pakaian.
2.  Memakai pakaian yang sesuai mengikut keadaan.
3.  Mengetahui makanan seimbang serta tabiat makan yang baik untuk kesihatan.
4.  Mengamalkan pergerakan yang betul untuk postur badan yang baik.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan dalam meningkatkan amalan kebersihan antara murid-murid ialah amalan menggosok gigi selepas makan. Aktiviti ini dijalankan semasa waktu rehat sekolah.

Aktiviti Menggosok Gigi

Aktiviti Menggosok Gigi